KPK3012 (N)

Acid Graphic Elements Filled Complex Sparkle

welcome!

UNIT 2

DASAR BAGI PENDIDIKAN INKLUSIF

BY: GROUP 2 (pUSINGAN 2)

HELLO!

3D Gradients Oversaturated Rainbow Color

AHLI KUMPULAN

3D Gradients Oversaturated Rainbow Color

Abdul Muhaimin bin Johari

(D20211098879)

Nur Atirah Binti Roslan

(D20211098927)

Nur Farawahida Binti Che Md Afandi

(D20211098920)


3D Gradients Oversaturated Rainbow Color

Noor Amira Najiha Binti Ahmad Rizam

(D20211098924)


Pendidikan Inklusif merupakan satu isu global di beberapa buah negara termasuklah Malaysia yang menyatakan matlamat untuk mencapai objektif tersebut. Pendidikan ni dianggap sebagai pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas.


Rectangular Next Arrow

MENU UTAMA

  1. Akta Perundangan dan Dasar Antarabangsa

3. Keperluan ke arah Pendidikan Inklusif

2. Akta Perundangan dan Dasar di Malaysia

Kesimpulan

3D School Elements Composition Stacked Books and Coffee Cup
3D School Elements Composition Books Toga and Clock

Akta Perundangan dan Dasar Antarabangsa

Drop Shadow

Salamanca Statement & Framework for Action on Special Need Education (UNESCO 1994)

Drop Shadow

Dasar Framework for Action, World Education Forum (2000)

Drop Shadow

Convention on the Right of Persons with Disabilities (UN2006)

Salamanca Statement & Framework for Action on Special Need Education

(UNESCO 1994)

“Sekolah biasa yang mempunyai orientasi pendidikan inklusif adalah kaedah paling berkesan untuk melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas.”

  • Persidangan dunia telah diadakan bertujuan untuk mengesahkan bahawa pendidikan adalah untuk semua, mengiktirafkan keperluan dan menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak, belia, dan dewasa.


  • Mewujudkan mekanisme berpusat dan seminar terhadap perancangan, pemantauan serta penilaian peruntukkan pendidikan untuk kanak-kanak dan orang dewasa dengan keperluan pendidikan khas.


  • Menggalakkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan organisasi berkaitan dengan peruntukkan untuk keperluan pendidikan khas.


  • Memastikan perubahan yang sistematik, program pendidikan guru, pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan menyentuh mengenai peruntukan pendidikan khas di sekolah kerajaan atau swasta.

"Sistem pendidikan mesti inklusif, bertanggungjawab terhadap fleksibiliti berdasarkan keperluan khas."


  • Semua kanak-kanak, orang muda dan orang dewasa mempunyai hak untuk mendapatkan keperluan pembelajaran asas yang terbaik. Agensi yang telah ditubuhkan dapat membantu generasi akan datang untuk mengubah taraf hidup mereka.


  • Semua kanak-kanak, orang muda, dan orang dewasa mempunyai hak untuk mendapatkan keperluan pembelajaran asas terbaik.



3D Teacher And Student Grade School Girl PWD
3D Teacher And Student Grade Boy Reading

Dasar Framework for Action, World Education Forum

(2000)

3D School Elements Object Toga Hat


Convention on the Right of Persons with Disabilities


(UN2006)

3D Teacher And Student High School PWD Guy Reciting
  • "Tiada diskriminasi terhadap kurang upaya dalam mendapat pendidikan."


  • Melindungi hak asasi semua pekerja migran dan ahli keluarga mereka


  • Konvensyen ini bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa ketidakupayaan merupakan satu perkara berkembang.


  • Menggalakkan pennyertaan orang kurang upaya dalam bidang sivil, politik, ekonomi, sosial dan budaya dengan peluang sama rata


Info tambahan

Persediaan Murid Autisme ke Program Pendidikan Inklusi

3D School Elements Composition Desk Setup
Abstract Speckles
3D Purple Flower
3D Floating Element Rocket
3D Spiral Element
3D Abstract Shape
3D Floating Element Folder

Akta Perundangan dan Dasar di Malaysia

  • Sejarah pendidikan khas di Malaysia bermula sejak awal tahun 1920 dengan membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah, ketidakupayaan penglihatan, dan ketidakupayaan pendengaran.


  • Perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.


3D Teacher And Student High School Guy Presenting

Akta Perundangan dan Dasar di Malaysia

3D School Elements Object Laptop
3D Floating Element Light Bulb

Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat

What's the word that links these four together?

  • Peristiwa penting yang mempengaruhi perkembangan pendidikan khas di dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) termasuklah hak bagi setiap individu mendapat pendidikan seperti mana dinyatakan dalam Perkara 26 (Fasal 26) di dalam Deklarasi Universal Hak-hak Asasi Manusia (1948).


  • Setiap orang berhak memperoleh pendidikan. Pendidikan haruslah diperoleh setidak- tidaknya di tahap sekolah rendah dan pendidikan awal atau pendidikan dasar. Pendidikan rendah perlu diwajibkan. Pendidikan teknik dan vokasional secara umumnya harus terbuka kepada semua orang dan pendidikan tinggi harus dapat dimasuki dengan cara yang sama oleh semua orang berdasarkan kepantasan.


Horizontal Oval 3D Head - Young Gamer Boy
Horizontal Oval 3D Head - Asian Mom
Circular 3D Head - Young Baseball Player
  • Pendidikan harus ditujukan ke arah perkembangan peribadi yang seluas-luasnya serta untuk menebalkan penghargaan terhadap hak asasi manusia dan kebebasan asas.
  • Pendidikan harus menggalakkan saling pengertian, toleransi dan persahabatan di antara semua bangsa, kelompok ras mahupun agama serta harus memajukan kegiatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa dalam memelihara perdamaian.
  • Ibu bapa diberi keutamaan dalam memilih jenis pendidikan yang akan diberikan kepada anak-anak mereka (Deklarasi Universal Hak Asasi Kemanusiaan, 1948).


3D Business Elements Digital Illustrator

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

  • Dalam mengiktiraf keperluan khas bagi seseorang kanak-kanak kurang upaya, bantuan yang diperluaskan mengikut
  • Satu pelan harus dirangka untuk berkesan yang telah mendapat akses memastikan bahawa kanak-kanak kurang upaya dalam menerima pendidikan, latihan, perkhidmatan jagaan kesihatan, perkhidmatan pemulihan, persediaan untuk bekerja dan peluang rekreasi yang sesuai.


3D Teacher And Student Grade School Girl PWD
3D Teacher And Student High School PWD Guy Reciting

Akta Pelajaran 1961



  • Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961.
  • Akta ini dinyatakan bahawa sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya.



Person Working on a Couch


  • Laporan ini mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.
  • Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah perakuan kerajaan.
  • Pihak kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini.
  • Penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.
Person Writing/Sketching

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978)


  • Merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 yang bertujuan untuk memantapkan serta mengemas kini sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.
  • Akta ini menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Akta ini berpaksikan kepada perakuan-perakuan utama terkandung di dalam Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.
  • Akta ini memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai pengantar utama di IPTS.

Akta Pendidikan 1996

3D Walking Body
3D Head Brown Skin Brown Bun Hair
3D Face Happy
Person Teaching/Pointing

Ciri-ciri Akta Pendidikan 1996


a. Perundangan pendidikan yang lengkap.

b. Hadapi perubahan pendidikan.

c. Banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.

d. Memenuhi aspirasi Wawasan 2020.

e. Misi negara.

f. Pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961.

g. Untuk adakan peruntukan bagi pendidikan.

h. Bersifat futuristik.

i. Kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.


3D School Elements Composition Books Toga and Clock

Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996

a. Memantapkan sistem pendidikan kebangsaan.

b. Memperkukuhkan kedudukan bahasa suku kaum.

c. Penyelarasan semua jenis kurikulum kategori sekolah melalui kurikulum

kebangsaan.

d. Mempertingkatkan pendidikan teknikal.

e. Mencakupi perundangan pada tahap prasekolah hingga tahap pendidikan

tinggi.

f. Pendidikan Islam diperluaskan.

g. Mengadakan peruntukan bagi pendidikan.

h. Menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang sama.

i. Memperluas bidang kuasa Menteri Pendidikan.

j. Memperkukuhkan latihan perguruan.

k. Pendidikan swasta yang lebih sistematik.

3D Clapping Hands
Shocked Blob 3d Character Illustration
3D Archery Target
Happy 3d Character Illustration

Implikasi Akta Pendidikan 1996 ke atas Sistem Pendidikan Kebangsaan


a. Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib.

b. Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan.

c. Sistem pendidikan dimantapkan meliputi semua peringkat persekolahan. d. Wujudnya pendidikan Prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidkan tinggi.

e. Pemantapan sistem pendidikan Kebangsaan untuk menjadi pusat kecemerlangan bertaraf dunia.

f. Ilmu merupakan penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa.


Akta Pendidikan merupakan asas kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan yang di dalamnya terkandung segala perkara yang berkaitan dengan pendidikan negara yang bertunjangkan falsafah pendidikan kebangsaan. Kefahaman seseorang guru tentang kepentingan akta ini adalah amat mustahak ketika menjalankan tugas sebagai seorang pendidik supaya selari dengan hasrat, visi dan misi kementerian pendidikan serta kerajaan amnya.

Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013

  • Digubal berpandukan Seksyen 41 Akta Pendidikan 1996. Menyatakan bahawa program pendidikan khas di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan layak diikuti oleh murid dengan keperluan khas yang boleh dididik.


  • Sehubungan dengan itu, pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.


3D Teacher And Student Grade School Girl PWD
3D Teacher And Student Grade Boy Reading
3D Computer Monitor Illustration
  • MBK adalah golongan yang diperakui oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi sebagai mereka yang memiliki ciri-ciri seperti ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, memiliki masalah di dalam pembelajaran atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan yang telah disebutkan.


  • MBK boleh mendapatkan Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif pada peringkat pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepas menengah.



Drop Shadow
3D Teacher And Student Pre School Girl Speaking
3D Teacher And Student Pre School Boy Speaking
3D Teacher And Student Pre School Girl Speaking
3D Computer Monitor Illustration
  • Program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada tiga kategori yang utama iaitu Program Pendidikan Khas Berketidakupayaan Pendengaran, Program Pendidikan Khas Berketidakupayaan Penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi.


  • Program ini disediakan dari peringkat prasekolah sehinggalah sekolah menengah.


  • Pelaksanaan program pendidikan inklusif (PPI) adalah termaktub dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, Akta Pendidikan 1996 yang membolehkan murid berkeperluan khas (MBK) menghadiri kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
Drop Shadow
3D Teacher And Student Pre School Boy Speaking
3D School Elements Composition Books Toga and Clock

Keperluan Ke Arah Pendidikan Inklusif

Japanese Office Worker in Green Suit
  • Dasar sedia ada untuk menyediakan kanak-kanak berkeperluan khas dengan hak untuk mendapat pendidikan formal diperkukuh dengan dasar 'Pendidikan Wajib' dan 'Pendidikan Untuk Semua' yang kini menjadi asas kepada perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia.
  • Terdapat keperluan untuk mengarusperdanakan pendidikan inklusif dalam sistem pendidikan Malaysia kerana ia merangkumi keperluan untuk kesaksamaan hak asasi, keperluan untuk pendidikan berkualiti dan keperluan masyarakat.
  • Malaysia mengendalikan sistem pendidikan berpusat, dengan Kementerian Pendidikan bertanggungjawab membangunkan dan mentadbir pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak, termasuk yang berkeperluan khas atau kurang upaya.
  • Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H, Seksyen 41).
  • Setiap orang berhak mendapat hak yang sama, termasuk keperluan pendidikan mengikut kemampuan mereka, termasuk orang kurang upaya.

Keperluan kesamarataan hak asasi


  • Semua kanak-kanak berhak untuk belajar dan dididik dalam persekitaran yang sama seperti kanak-kanak lain seusia mereka.
  • Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong pendidikan inklusif sebagai hak kanak-kanak. Malah meletakkan kanak-kanak dalam kelas khas adalah diskriminasi.
  • Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.
3D Simple Body Hand Gesture Shirt with Scarf
3D People Simple Young Girl Head
3D People Body Sports Shorts

keperluan pendidikan berkualiti

  • Peranan penting dalam merealisasikan wawasan negara untuk mencapai status negara maju sepenuhnya serta dalam kemajuan ekonomi, keadilan sosial dan kekuatan rohani, moral dan etika untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, demokratik, bebas dan cergas.


  • Pendidikan inklusif adalah strategi yang baik untuk meningkatkan tahap pendidikan golongan berkeperluan khas kerana pendidikan seharusnya menjadi aset kepada semua orang termasuk mereka yang berkeperluan khas.



3D People Simple Young Girl Head
3D People Hand Casual Body
3D People Sports Body Pants
Green Blob
  • Pendidikan Inklusif menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak seperti pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan kerana pendidikan inklusif menjadi sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara kita.


  • Untuk membina hubungan kemanusiaan di kalangan anggota masyarakat kerana kerana realitinya masyarakat khususnya kanak-kanak tidak terdedah kepada golongan OKU sehingga menimbulkan prasangka, ketakutan dan sikap tidak ambil peduli terhadap golongan berkeperluan khas.




  • Tujuan jangka masa panjang pendidikan inklusif membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain bagi bagi membina hubungan kemanusiaan di antara anggota masyarakat


Keperluan sosial

Purple Oval Bashful Emotion Simple Face Sticker
  • Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak- kanak untuk menerima golongan berkeperluan khas secara lebih semulajadi.
  • Berpotensi untuk mengurangkan persepsi yang negatif seperti takut serta dapat membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami terhadap OKU
Blue Smiling Flower Shape Emotion Simple Face Sticker
Blue Surprised Emotion Simple Face Sticker

ke menu utama

Play

Secara keseluruhannya, pendidikan khas di Malaysia memberi ruang kepada semua Murid Berkeperluan Khas (MBK) untuk mendapatkan pendidikan secara formal di:


  • Sekolah Pendidikan Khas
  • Sekolah mempunyai Program Integrasi
  • Sekolah mempunyai Program Inklusif
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Khas memfokuskan kepada perkembangan serta keupayaan individu ke arah kecemerlangan akademik melalui 3 prinsip utama iaitu, pendidikan menyeluruh dan bersepadu, pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna, dan pendidikan sepanjang hayat.


Dengan itu, dasar dan perundangan yang telah digariskan amat penting dalam membantu perkembangan pendidikan MBK sama ada di peringkat rendah, menengah mahupun peringkat pengajian tinggi atau institusi kemahiran.

KESIMPULAN

3D Teacher And Student High School Girl Presenting
Play